Thursday, September 2, 2010

LATAR BELAKANG PPKI SMK KAPIT

TAHUN : 2000
Program pendidikan khas mula diwujudkan dengan menempatkan seramai 7 orang pelajar dan 2 orang guru.

TAHUN : 2001
Tiada penempatan pelajar baru. Jadi masih terdapat seramai 7 orang pelajar pendidikan khas yang kini menduduki Tingkatan 2 Khas.

TAHUN : 2002
Penempatan pelajar Tingkatan 1 Khas seramai 8 orang. Keseluruhan pelajar khas pada tahun ini seramai 15 orang. 7 orang pelajar khas menduduki PMR buat pertama kali.

TAHUN : 2003
Penempatan pelajar khas Tingkatan 1 seramai 8 orang. Keseluruhan pelajar khas seramai 23 orang. Pelajar khas Tingkatan 4 telah diinklusifkan di kelas biasa.


TAHUN : 2004
Pertambahan pelajar khas seramai 7 orang. Jumlah keseluruhan pelajar khas ialah seramai 30 orang.

TAHUN : 2005
Penempatan pelajar khas Tingkatan 1 seramai 7 orang.

TAHUN : 2006
Penempatan pelajar khas Tingkatan 1 seramai 7 orang.

TAHUN : 2007
Pertambahan seorang guru pendidikan khas iaitu Cikgu Mohd Nor Hatisam. Jumlah guru yang mengajar kelas khas kini seramai 3 orang.

TAHUN : 2008
Penempatan pelajar khas Tingkatan 1 seramai 6 orang. Pelajar khas Tingkatan 2 diinklusifkan di aliran perdana. Pertambahan 2 orang guru pendidikan khas yang baru iaitu Cikgu Mohd Supian Abdullah dan Cikgu Merum pada bulan Januari.

TAHUN : 2009
Seramai 9 orang pelajar Tingkatan 1 Khas mendaftarkan diri. Jumlah pelajar khas pada tahun ini adalah seramai 24 orang. Bilangan guru khas seramai 5 orang termasuk seorang guru yang mendaftarkan diri pada bulan November 2008 iaitu Cikgu Abdul Hafez dan kelas ini mempunyai 3 orang Pembantu Pengurusan Murid. Pada akhir 2009, seorang guru pendidikan khas iaitu Cikgu Supian Abdullah telah berpindah ke sekolah lain.


TAHUN : 2010
Seramai 10 orang pelajar khas Tingkatan 1 telah mendaftarkan diri. Jumlah pelajar khas pada awal tahun ini adalah seramai 33 orang. 3 orang pelajar khas Tingkatan 1 telah berjaya diinklusifkan ke aliran perdana. Pada bulan Julai, pertambahan seorang guru pendidikan khas yang baru iaitu Cikgu Nor Firdaus menjadikan bilangan guru khas kembali ke jumlah asal, 5 orang dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid.

No comments:

Post a Comment